INFO SYARIKAT

Qurban International Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2019 dan berpengalaman menguruskan PROGRAM KORBAN dan AQIQAH sejak dari tahun 2007 hingga 2019 di 5 Buah Negara dengan melebihi 12,516 orang penyertaan dan manfaat kepada lebih 100,000 buah keluarga.

ALUAN

“Alhamdulillah, dengan rasa rendah hati dan syukur ke hadrat Allah SWT yang mencipta sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, pembimbing umat ke jalan yang benar.

Bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah kurniaNya dapat memberi khidmat kepada lebih 12 ribu peserta Qurban dan Aqiqah dengan menyalurkan setiap nilai serta nikmat yang mereka perolehi dikongsi bersama dengan umat Islam yang berada di luar negara seperti Bangladesh, Kemboja, Selatan Thailand dan Indonesia.

Usaha yang dilakukan oleh Komuniti We Love Qurban merupakan asas wahyu melalui Kalam Allah SWT berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s, maka pihak Komuniti We Love Qurban memperkenalkan Pakej Qurban dan Aqiqah bersempena Aidil Adha bermula dari tahun 2007 hingga 2019.

Atas sambutan yang baik kepada pengenalan Pakej ini, pihak QISB mula memperkenalkan Komuniti We Love Qurban.

Rentetan sambutan yang memberangsangkan pihak Komuniti We Love Qurban membantu juga usaha pemasangan Pam Air bagi kegunaan penduduk Islam di Bangladesh. Alhamdulillah, kini 164 buah pemasangan pam air telah selesai dan dapat digunakan oleh penduduk setempat.

Sekalung penghargaan buat semua peserta dan penyumbang, Moga usaha murni ini dinilai di sisi Allah SWT sebagai amal jariah dan beroleh keberkatan atas ibadah Qurban dan Aqiqah yang dilaksanakan.”

VISI

Menyediakan platform melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah yang selamat dan mudah serta memberi manfaat kepada mereka yang lebih memerlukan keluarga di Malaysia dan di seluruh dunia amnya.



MISI

Menyemai kefahaman kepada keperluan melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah sebagai amalan yang dituntut dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia.
Mewujudkan sistem yang terbaik dari segi perkhidmatan pelanggan dan sokongan pentadbiran terbaik.

BUTIRAN SYARIKAT

  • No. Pendaftaran Syarikat :
    Qurban International Sdn Bhd (1327079-V)
  • Alamat berdaftar :
    Suite 13A-1, Persiaran Selayang 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
  • No Telefon :
    03-6127 0712 / 03 6128 2716
  • Whatapps We Love Qurban :
    60136337022
  • Email :
    admin@welovequrban.com | qurbaninternational@gmail.com
  • Laman Sesawang :
    www.WeLoveQurban.com
  • Facebook / Instagram :
    komunitiwelovequrban

CARTA ORGANISASI QURBAN INTERNATIONAL SDN BHD

KOMUNITI WE LOVE QURBAN

Haji Jalaluddin
Bin Hj Hassanuddin
[CHAIRMAN]

Berkelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Al Quran, University of Saddam Baghdad. Bekerjaya lebih 18 tahun dalam bidang pendidikan Al Quran. Berpengalaman menguruskan Korban Perdana lebih 13 tahun di luar Negara. Mengasaskan Progam Pendidikan Al Quran Al Baghdadi yang inovatif dan memiliki 9 buah syarikat Sdn Bhd.

Muhammad Farhan
Bin Hj Alias C.A.(M)
[Vice Chairman]

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakauan, Universiti Teknologi Mara. Berkhidmat hampir 14 tahun dalam bidang perakaunan dan pengauditan. Pengasas bersama Green Pages Community dengan menubuhkan lebih 100 syarikat Sdn Bhd.

Norsaidah Binti Alias
[Chief Secretariat]

Berkelulusan Sarjana Pendidikan Keusahawan dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Kewangan Al Baghdadi Group Sdn Bhd di Kuala Lumpur dari tahun 2013 sehingga 2016. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara. Dari tahun 2017 sehingga kini pensyarah separuh masa di Open Universiti Malaysia. Kini, beliau dilantik sebagai Ketua Urusetia Qurban International Sdn Bhd.

Muhaini Binti Mahmud
[Chief Secretary]

Berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang kesetiausahaan dan sumber manusia. Pernah berkhidmat di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai Pegawai Eksekutif. Bertanggungjawab kepada urusan kesetiausahaan untuk 100 syarikat Sdn Bhd di bawah Green Pages Community dan merupakan Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pematuhan Kumpulan Al Baghdadi

TUNTUTAN

QURBAN

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah telaga di syurga. Maka, dirikanlah Solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada rahmat dan kebajikan).
- Surah Al-Kauthar 118:2

AQIQAH

Rasullullah saw mensyariatkan kepada umat Islam melakukan Aqiqah 2 ekor kambing untuk bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan

PAM AIR

"Tiada sedekah yang lebih besar ganjaran pahala melebihi air"
- (Hadith Abu Hurairah Riwayat Baihaqi)

FIDYAH

"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin".
- Surah al-Baqarah, 2:184

HIKMAH PELAKSANAAN QURBAN DAN AQIQAH

Dimensi Ilahiyyah
( Ketuhanan )

  1. Satu Perintah ‘SUNAT’ tetapi mampu meng’kategori’kan seorang hamba dengan yang lainnya terhadap tahap perhambaan diri mereka kepada Allah Yang Maha Pencipta.
  2. Satu TAWARAN dari Yang Maha Esa kepada setiap hambaNya yang telah berjanji merebut segala peluang ‘bercucuk tanam’ bagi bekalan Akhirat.
  3. Ibadah Korban merupakan ‘Satu Strategi’ Memasarkan Produk ‘UKHUWWAH’ yang diperkenalkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia sejagat agar kembali mengingati bahawa mereka daripada ibu bapa yang satu iaitu Adam dan Hawa.

Dimensi Ubudiyyah
( Kehambaan )

  1. Ibadah merupakan satu ‘WADAH’ peluang merebut ganjaran ‘berganda’ yang tidak ditawarkan pada waktu lain sepanjang tahun.
  2. Ibadah Korban juga merupakan ‘Talian Hayat’ memohon sesuatu dari Yang Maha Esa, kerana sejarah telah membuktikan bahawa Ibadah korban merupakan ‘perantara’ mendapatkan ‘hajat’ yang dipohon oleh hamba daripada Allah s.w.t.

Dimensi Insaniyyah
( Kemanusiaan )

  1. Jambatan Pertautan Persaudaraan Islam.
  2. Wadah keseimbangan ‘Fizikal’ dan ‘Mental’ antara kelompok kaya dan kelompok miskin.
  3. Memenuhi keperluan Sosio-Ekonomi Ummah bagi meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan.

SASARAN 2020 HINGGA 2025

250,00 Penerima Manfaat

TAHUN SEMBELIHAN MANFAAT
11/8/2019/1440H
10 Zulhijjah 1440H
222 EKOR LEMBU.
60 EKOR LEMBU
5 NEGARA.
1000 BUAH KELUARGA
31/7/2020/1441H
10 Zulhijjah 1441H
500 EKOR LEMBU.
100 EKOR KAMBING
6 NEGARA.
2,500 BUAH KELUARGA
20/7/2021/1442H
10 Zulhijjah 1442H
700 EKOR LEMBU.
150 EKOR KAMBING
7 NEGARA.
3,500 BUAH KELUARGA
10/7/2022/1443H
10 Zulhijjah 1443H
900 EKOR LEMBU.
200 EKOR KAMBING
8 NEGARA.
4,500 BUAH KELUARGA
29/6/2023/1444H
10 Zulhijjah 1444H
1500 EKOR LEMBU.
500 EKOR KAMBING
9 NEGARA.
75,500 KELUARGA
17/6/2024/14445H
10 Zulhijjah 1445H
2000 EKOR LEMBU.
1000 EKOR KAMBING
10 NEGARA
100,000 BUAH KELUARGA
7/6/2025/1446H
10 Zulhijjah 1446H
5000 EKOR LEMBU.
300 EKOR KAMBING
11 NEGARA.
250,000 BUAH KELUARGA

Dengan Kerjasama

Qurban International Sdn Bhd
Suite 13A-1 Persiaran Selayang 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor
Hotline : 03-6127 0712 / 03 6128 2716
Whatsapp : +6013 633 7022
Email : admin@welovequrban.com

×